T4: Bab 1 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. A Kerajaan Srivijaya
2. B Sistem Pembesar Empat Lipatan
3. D III dan IV
4. B Menunjukkan kedaulatan raja

5.
(a) Apakah kandungan kedua-dua undang-undang di atas?
Kandungan Hukum Kanun Melaka berkaitan dengan undang-undang kekeluargaan, bidang kuasa raja dan pembesar, pantang larang, hal berkaitan dengan ekonomi dan kesalahan sivil. Undang-undang Laut Melaka pula berkaitan dengan pelayaran, peranan nakhoda, jenayah di atas kapal dan percukaian.

(b) Mengapakah undang-undang tersebut diperkenalkan?
Kedua-dua undang-undang ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka

(c) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku sekiranya rakyat negara kita tidak mematuhi undangundang?
Pada pendapat saya, sekiranya rakyat tidak mematuhi undang-undang, sudah pasti akan berlakunya huruhara dalam negara. Jenayah yang dilakukan oleh rakyat akan berleluasa seperti kecurian, pembunuhan dan rogol. Ketidakadilan sudah pasti berlaku kerana yang berkuasa pasti akan memeras yang lemah. Masyarakat berani melakukan pelbagai kesalahan kerana tiada sesiapa atau undang- undang yang dapat menghentikan perbuatan mereka. Contohnya, kegagalan mematuhi undang- undang jalan raya sudah pasti akan menyebabkan banyak kemalangan dan ramai yang terkorban dalam kemalangan. Dalam keadaan ini, ekonomi negara akan merudum dan negara akan mengalami kemelesetan ekonomi. Dalam keadaan ini , keamanan dan keharmonian negara kita akan tergugat. Politik juga tidak akan stabil dan tampuk pemerintahan negara akan tergugat. Keadaan ini boleh menyebabkan anasir-anasir luar akan mengambil kesempatan terhadap negara kita untuk menjalankan aktiviti mereka seperti penyeludupan dadah, penyebaran ideologi pengganas dan pemerdagangan orang.

6.
(a) Apakah yang anda faham daripada petikan di atas?
Petikan di atas ialah perjanjian antara rakyat dengan raja. Dalam perjanjian ini, dinyatakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seorang rakyat terhadap raja. Di samping itu, dinyatakan juga perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan oleh seseorang raja terhadap rakyat. Sekiranya mana-mana pihak melanggar perjanjian, akan menerima balasan sebagai akibatnya.

(b) Mengapakah rakyat dilarang menderhaka kepada raja?
Rakyat dilarang menderhaka kepada raja kerana pada zaman dahulu raja dianggap sebagai bayangan tuhan di muka bumi dan rakyat mempercayai konsep dewa-raja. Derhaka kepada raja bererti menderhaka kepada tuhan. Rakyat juga mempercayai kesaktian raja kerana adanya unsur mitos dan legenda tentang asal usul seseorang raja. Raja juga merupakan simbol perpaduan dan mempunyai kedudukan yang tertinggi dalam hierarki sosial masyarakat. Rakyat yang menderhaka akan ditimpa tulah. Menderhaka juga dianggap sebagai tindakan biadab oleh masyarakat zaman dahulu.

7. Sebagai warganegara yang patriotik, bagaimanakah anda menghayati prinsip Rukun Negara di atas?
Sebagai warganegara yang patriotik, saya akan menunjukkan kesetiaan tidak berbelah bahagi terhadap raja dan negara. Saya sentiasa akan menjaga nama baik negara di mana-mana sahaja saya berada. Saya sanggup berkorban untuk raja dan negara. Sebagai rakyat, saya tidak akan menyertai sebarang aktiviti yang menentang Raja dan perkara yang boleh menjatuhkan nama negara kita. Di samping itu, saya akan sentiasa berusaha untuk menaikkan nama negara di persada dunia. Saya juga tidak akan meninggalkan negara atau berhijrah ke negara lain.