T4: Bab 10 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1.B. Bebas daripada penjajah
2.D. Melahirkan semangat cinta akan negara
3.A. Menggalakkan pertumbuhan ekonomi
4.D. Memantau projek pembangunan

5
(a) Nyatakan mesej yang terdapat dalam lirik lagu Negaraku
  • Kesetiaan kepada raja dan negara
  • Kepentingan hidup bersatu padu
  • Bersyukur pada nikmat Tuhan
  • Sanggup berkorban demi negara
  • Mencintai negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(b) Apakah kepentingan Lagu Kebangsaan kepada sesebuah negara
  • Mempamerkan rasa kesetiaan kepada raja dan negara
  • Menyatukan rakyat negara yang terdiri dari pelbagai kaum
  • Meningkatkan usaha untuk memajukan diri dan negara
  • Bersyukur kepada Tuhan yang membahagiakan kita
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(c) Bagaimanakah anda menghayati lirik lagu dalam kehidupan seharian
  • Mendaulatkan institusi beraja
  • Menjaga hubungan antara kaum
  • Bersyukur kepada Tuhan dengan tidak merosakkan nama baik negara
  • Mengekalkan keharmonian negara
  • Menolak gejala negatif
  • Mematuhi ajaran agama/ menghormati amalan kaum lain
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

6
(a) Pada pendapat anda, mengapakah Tunku Abdul Rahman memberikan ucapan sedemikian?
  • Meraikan perbezaan pendapat dalam pelbagai parti politik
  • Menghargai perjuangan kemerdekaan walaupun dalam parti yang berbeza
  • Menggalakkan kerjasama antara parti politik
  • Mengharmonikan negara
  • Menggalakkan semua pihak meraikan hari kemerdekaan negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(b) Apakah sifat mulia Tunku Abdul Rahman berdasarkan ucapan ini?
  • Berfikiran terbuka
  • Mementingkan perpaduan dan keharmonian negara
  • Meraikan perbezaan pendapat
  • Menghargai perjuangan semua pihak
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(c) Mengapakah semua pihak perlu meraikan Hari Kemerdekaan negara kita tanpa mengira ideologi masing-masing
  • Perjuangan menuntut kemerdekaan dilakukan oleh semua pihak walaupun berbeza ideologi/parti
  • Menunjukkan rasa cinta akan negara
  • Mempamerkan perpaduan untuk kesejahteraan negara
  • Mengekalkan kemerdekaan negara tanpa mengira perbezaan pendapat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(d) Bagaimanakah anda boleh memainkan peranan untuk menggerakkan masyarakat meraikan Hari Kemerdekaan negara?
  • Mengadakan kempen menggalakkan rakan-rakan meraikan Hari Kemerdekaan
  • Mengadakan pertandingan mencipta logo hari Kemerdekaan peringkat sekolah
  • Mencadangkan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru untuk sama-sama mengadakan majlis meraikan Hari Kemerdekaan
  • Mewujudkan blog/menggunakan media sosial untuk menghebahkan keunikan perjuangan menuntut kemerdekaan di negara kita
(mana-mana jawapan yang munasabah)

7.
(a) Ceritakan detik pengisytiharan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • 10.00 malam - wakil ahli-ahli Perikatan dari Negeri-negeri Tanah Melayu dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam diketuai Encik Saadon Haji Jubir mengambil tempat.
  • 10.30 malam -300 Pemuda Perikatan membentuk perbarisan kehormatan diketuai oleh En. Ismail Bontak..
  • 11.58 malam- Semua lampu di padang dan di sekelilingnya dipadamkan sehingga seluruh kawasan menjadi gelap gelita.
  • 12.00 malam - Lampu dipasang semula apabila jam besar berbunyi menandakan detik 12 malam tiba. Ini diikuti dengan laungan “Merdeka” oleh orang ramai yang menggegarkan seluruh padang.Bendera Union Jack mula diturunkan oleh Encik Tahir Abdul Majid dengan diiringi lagu God Save The Queen. Penurunan bendera Union Jack disambut dengan tepukan yang bergemuruh dan laungan “Merdeka”. Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan diiringi lagu kebangsaan Negaraku yang diperdengarkan buat pertama kalinya kepada umum pada malam bersejarah itu. Setelah bendera Persekutuan Tanah Melayu sampai ke puncak tiang, sorakan “Merdeka” telah dilaungkan sebanyak tujuh kali.
PERISTIWA DI STADIUM MERDEKA
  • Pada pagi 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur upacara gilang gemilang diadakan.
  • Jam 8.15 pagi nafiri pun berbunyi dan Duke of Gloucester membawa Surat Perlembagaan Serahan Kuasa serta memberi ucapan.
  • Tunku Abdul Rahman memberi ucapan. Sebaik-baik selesai, Tunku membaca Pemasyhuran Kemerdekaan menghebahkan bahawa Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan dan kedaulatan.
(b) Apakah yang dapat anda tafsirkan melalui gambar A dan gambar B
  • Gambar A -Bendera Union Jack diturunkan menandakan tamatnya negara kita dari belenggu penjajah. Negara kita kini bebas setelah beratus-ratus tahun dijajah dan hidup dalam penderitaandan tiada kebebasan.
  • Gambar B- Bendera Persekutuan Tanah Melayu dinaikkan melambangkan kita kini merdeka dan bebas dari belenggu penjajah. Kita mempunyai identiti diri dan perlu mempertahankan kedaulatan negara. Rasa cinta akan negara semakin menebal apabila melihat bendera ini dan bersyukur akan kemerdekaan yang dicapai dengan penuh bijaksana.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(c) Bagaimana anda dapat menjiwai detik bersejarah di sebelah?
  • Mengadakan pantomin / teater melakonkan semula detik ini ketika perhimpunan / dalam kelas ketika pembelajaran.
  • Mengadakan Bulan Kemerdekaan / Bulan Patriotisme dan melakonkan babak ini.
  • Meletakkan gambar bersejarah ini di dalam kelas /dijadikan mural di sekolah.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)