T4: Bab 10 Pembelajaran Abad Ke-21


Fikir-Pasang-Kongsi
(a) Ceritakan peristiwa yang dilalui oleh tokoh dalam petikan di atas
  • Tokoh Tan Sri Zaleha meredah hujan untuk menyaksikan pengisytiharan kemerdekaan. Beliau juga merasa lapar namun tiada peniaga menjual makanan. Ketika Tunku Abdul Rahman melaungkan kemerdekaan, beliau berasa sebak sehingga mengalirkan air mata kerana terlalu gembira.
  • Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim pula mendengar melalui radio pengisytiharan tersebut bersama ayahnya di Ipoh, Perak. Mereka berkumpul di padang di Ipoh bagi meraikan detik tersebut dan turut melaungkan merdeka apabila mendengar Tunku Abdul Rahman melaungkannya di Stadium Merdeka.
(b) Apakah perasaan tokoh tersebut ketika menyaksikan peristiwa bersejarah ini?
  • Gembira , sebak dan terharu
(c) Andaikan anda berada semasa peristiwa bersejarah ini, apakah perasaan anda. Mengapa?
  • Berasa gembira kerana kita telah bebas dari belenggu penjajah
  • Berasa sedih kerana mengingati perjuangan tokoh dan rakyat untuk mendaulatkan negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(d) Bagaimanakah peristiwa di atas dapat dihayati oleh generasi kini
  • Mengadakan pantomin / teater melakonkan semula detik ini dalam kelas
  • Mengadakan Bulan Kemerdekaan / Bulan Patriotisme dan melakonkan babak ini
  • Meletakkan gambar bersejarah ini di dinding sekolah /dijadikan mural di sekolah
(Mana-mana jawapan yang munasabah)


Saya Lihat, Saya Fikir , Saya Tanya
(a) Ceritakan peristiwa yang anda lihat dalam peristiwa di atas
  • Sambutan kemerdekaan yang penuh kemeriahan
  • Sukan SEAP diadakan di Stadium Merdeka dengan penuh semangat kesukanan
  • Kejayaan negara dalam menyertai bola sepak kelayakan Olimpik 1980 yang diraikan dengan penuh semangat muhibah
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(b)
(i) Bincangkan keistimewaan Stadium Merdeka
  • Tempat pengisytiharan kemerdekaan
  • Banyak peristiwa penting diadakan di stadium ini seperti perayaan ulangtahun kemerdekaan negara
  • Upacara sukan yang berprestij juga kerap diadakan di Stadium Merdeka
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(ii) Sebagai generasi yang cinta akan warisan sejarah, mengapakah anda perlu membantah usaha tersebut? Berikan alasan anda.
  • Saya membantah usaha tersebut kerana Stadium Merdeka merupakan tempat bersejarah yang perlu dipertahankan. Di sinilah pengisytiharan negara dilakukan pada tahun 1957. Pengekalan ini perlu bagi membuktikan yang kita pernah merdeka dengan perjuangan bersungguh-sungguh para pemimpin dan perlu ditunjukkan kepada generasi akan datang. Stadium ini juga banyak diadakan upacara berprestij negara seperti upacara kebudayaan dan sukan suatu ketika dahulu. Pengekalan stadium ini juga boleh dijadikan satu tarikan pelancong untuk melihat tempat bersejarah di negara kita. Kedatangan pelancong akan membantu meningkatkan ekonomi dan memakmurkan negara.
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

(iii) Apakah peranan anda untuk memelihara dan memulihara tempat bersejarah di negara kita?
  • Menghindari daripada kegiatan vandalisme / merosakkan tempat awam
  • Menjadikan tempat atau bangunan bersejarah sebagai tempat lawatan keluarga
  • Mengadakan kempen menggalakkan rakan-rakan mencintai tempat bersejarah
  • Mewujudkan blog/ menggunakan media sosial untuk menghebahkan keunikan sesuatu tempat atau bangunan bersejarah di negara kita
(Mana-mana jawapan yang munasabah)