1. D. Kerajaan berperlembagaan ditegakkan
2. D. Mengekalkan kedaulatan negara
3. D. Menyemarakkan kegiatan nasionalisme
4. C. Memperjuangkan nasib bangsa
5.
(i) Apakah tema yang terkandung dalam Sumpah Pemuda di atas?
- Tonggak nasionalisme Indonesia.
- Tiga asas tonggak tersebut ialah satu tanah air, satu bangsa dan satu bahasa.
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sumpah tersebut dilafazkan?
- Membangkitkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat.
- Memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat untuk memperjuangkan kemerdekaan.
- Mewujudkan keutuhan dalam pembinaan negara bangsa.
(Mana-mana jawapan munasabah)
(iii) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan daripada kelahiran sumpah tersebut?
- Menyemarakkan semangat kebangsaan dalam kalangan rakyat Indonesia.
- Menyatupadukan rakyat dan melahirkan kerjasama dalam gerakan politik.
- Contohnya pembentukan Permuafakatan Perhimpunan Politik Kebangsaan Indonesia (PPPKI).
(Mana-mana jawapan munasabah)
(iv) Bagaimanakah anda boleh memanfaatkan kandungan sumpah tersebut untuk mengukuhkan pembinaan negara dan bangsa Malaysia?
- Bersatu padu mengukuhkan taat setia kepada negara.
- Memupuk rasa bangsa sebagai rakyat Malaysia.
- Mengukuhkan semangat patriotik untuk mempertahankan bangsa dan negara.
- Menggunakan bahasa kebangsaan untuk membentuk perpaduan dalam kalangan rakyat.
- Mendaulatkan bahasa kebangsaan sebagai identiti bangsa sesuai dengan slogan “Bahasa Jiwa Bangsa”.
(Mana-mana jawapan munasabah)
6.
i. Namakan nasionalis lepasan MCKK dan SITC yang berjaya mencetuskan nasionalisme.
Nasionalis lepasan MCKK seperti Raja Chulan Raja Abdullah, Mohammad Eunos Abdullah, Mahmud Mat dan Raja Uda Raja Muhammad. Lepasan SITC seperti Abdul Hadi Abdul Manan, Harun Aminurrashid dan Buyong Adil.
ii. Bagaimanakah golongan intelektual ini membangkitkan nasionalisme ketika itu?
Golongan intelektual membangkitkan semangat nasionalisme ketika itu melalui penulisan karya kreatif yang bertemakan semangat perjuangan, menulis dan menerbitkan akhbar dan majalah, menubuhkan persatuan bersifat sosioekonomi dan politik serta menyalurkan idea mereka dengan cara berbaik-baik dengan British.
iii. Bagaimanakah golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu bagi memartabatkan negara kini?
Golongan intelektual boleh memanfaatkan ilmu untuk memartabatkan negara kini dengan cara menghasilkan pelbagai rekaan inovasi yang kreatif, menulis dalam pelbagai lapangan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, mengendalikan wacana intelektual serta menghasilkan karya kreatif yang sesuai dengan pelbagai peringkat umur.