T4: Bab 2 Pembelajaran Abad Ke-21



Ulas Gilir (Rotating View)
1. Apakah tema puisi “Anak Merdeka” ini?
  • Tema puisi “Anak Merdeka” ialah nasib bangsa / semangat perjuangan dan cintakan tanah air
(mana-mana tema yang munasabah)

2. Apakah maksud
Wahai anak bangsa yang tumbuh dari rahim perjuangan! bangunlah dari mimpi ngerimu, jejakkan dirimu kepada semangat juang pertiwi.
  • Maksud rangkap tersebut ialah menggerakkan anak bangsa yang berjiwa pejuang supaya bangkit berjuang dari kelalaian untuk terus membara membela nasib negara seperti yang diperjuangkan tokoh terdahulu.
(Mana-mana maksud yang munasabah)

3. Apakah tindakan penjajah yang menyebabkan rakyat peribumi tersisih?
  • Tindakan penjajah ialah seperti bertindak bermaharajalela lela merosakkan fikiran rakyat, merampas hasil bumi dan menguasai pentadbiran negara.

4. Nyatakan nilai dan iktibar dari puisi ini.
  • Nilai dan iktibar dari puisi ini ialah nilai semangat juang, berusaha dan nilai cintakan negara. Iktibarnya ialah seperti menyedarkan diri tentang kesan penjajahan, menilai dan berwaspada dengan tindak tanduk penjajah yang menguasai ekonomi serta menjaga negara agar kekal berdaulat
(Mana-mana nilai dan iktibar yang munasabah)