1. D. Bakal raja Austria-Hungary dibunuh
2. C. Mengukuhkan angkatan tentera
3. B. Melakukan serangan bom atom
4. A. Meluaskan kuasa
5. D. Memperkenalkan sistem ekonomi kawalan
6.
(a) Apakah tujuan poster tersebut dikeluarkan oleh pentadbiran tentera Jepun?
Sebagai kempen untuk menambah barangan makanan / mencukupkan makanan dalam negeri.
(b) Jelaskan kandungan poster tersebut.
- Saranan menggunakan tanah-tanah kosong untuk menambah penghasilan barang makanan akibat masalah kekurangan barang makanan.
- Saranan menambah penanaman padi, jagung, ubi keledek, ubi kayu dan lain-lain tanaman.
- Saranan menternak binatang seperti lembu, ayam, kambing dan lain-lain ternakan.
(c) Pada pandangan anda, mengapakah masalah kekurangan bekalan makanan berlaku semasa pendudukan Jepun?
- Kemelesetan ekonomi akibat perang.
- Perdagangan antarabangsa terhenti kerana kapal-kapal dagang Jepun dibom oleh tentera Bersekutu.
- Barang makanan seperti padi dari luar seperti dari Burma dan Thailand tidak dapat diimport akibat zaman perang.
(Mana-mana jawapan munasabah)
(d) Wajarkah saranan seperti di dalam poster di atas diamalkan oleh generasi hari ini? Berikan ulasan anda
- Wajar, kerana banyak manfaat.
- Memenuhi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
- Memanfaatkan tanah lapang terbiar dengan kegiatan yang menguntungkan seperti bercucuk tanam dan menternak binatang.
- Dapat menambah pendapatan dengan hasil jualan tanaman atau ternakan.
(Mana-mana jawapan munasabah)