T4: Bab 4 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. A Mewujudkan keamanan
2. D Malayan Union
3. B 1 dan IV

4. Petikan yang berikut berkaitan
(a) Jelaskan ciri-ciri Malayan Union.
  • Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-Negeri Selat kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran.
  • Contoh, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, dan Pahang, Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor, Melaka dan Pulau Pinang.
  • Gabenor British yang dilantik oleh Raja England mengetuai Malayan Union.
  • Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
  • Majlis Raja-Raja hanya membincangkan soal agama lslam/adat istiadat Melayu.
  • Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan Malaya Union dibentuk di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.
  • Kewarganegaraan melalui prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan Union.
(b) Bagaimanakah penduduk tempatan menentang Malayan Union?
  • Raja-raja Melayu menentang pelaksanaan Malayan Union – Membawa kes
  • Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England. Menghantar surat bantahan kepada Kerajaan British di London. Menyokong Kongres Melayu. Memulaukan upacara pelantikan Gabenor Malayan Union. Permaisuri Perak memimpin gerakan menentang Malayan Union.
  • Bantahan akhbar Melayu – Akhbar Utusan Melayu, Majlis dan Warta Malaya menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menolak gagasan Malayan Union.
  • Bantahan cendekiawan – Tokoh pentadbir Melayu seperti Dato’ Onn Jaafar, Za’ba, Dato’ Nik Ahmad Kamil dan Dato’ Hamzah Abdullah telah menggerakkan orang Melayu menentang Malayan Union dengan pelbagai strategi.
  • Tokoh wanita seperti Cikgu Zaharah Abdullah, Halimahton Abdul Majid, Saleha binti Mohd Ali dan Datin Puteh Mariah Ibrahim Rashid menjadi benteng barisan hadapan menentang Malayan Union.
  • Bantahan persatuan Melayu – Persatuan Melayu seperti SABERKAS, Persatuan Melayu Kedah, Perikatan Melayu Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor telah menghimpunkan orang Melayu membantah Malayan Union.
  • Menubuhkan atau mengaktifkan semula persatuan-persatuan Melayu sebagai tindak balas terhadap gagasan Malayan Union.
  • Pemimpin dan Persatuan Melayu telah bekerjasama dengan Sultan mengadakan bantahan di Kelantan, Kedah dan Johor.
  • Mengadakan Kongres Melayu – Kongres Melayu pertama diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur.
  • Kongres ini telah bersetuju menubuhkan UMNO untuk menentang Malayan Union.
  • Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Johor pada 11 Mei 1946 – UMNO ditubuhkan secara rasmi untuk memupuk perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
  • UMNO menganjurkan bantahan secara besar-besaran membantah Malayan Union.
  • Mengadakan rapat umum di bandar-bandar besar - Padang Francis Light di Pulau Pinang, Alor Setar Kedah, Ipoh Perak, Kampung Baru Kuala Lumpur, Klang Selangor dan Seremban Negeri Sembilan.
  • Orang Melayu berkabung tanda menentang Malayan Union.
(c) Andaikan anda pemimpin orang Melayu semasa pelaksanaan Malayan Union. Berikan syor anda untuk membuat penambahbaikan terhadap Malayan Union supaya Raja-raja Melayu dan orang Melayu boleh menerima Malayan Union.
  • Perlembagaan Malayan Union harus berasaskan tradisi kesultanan/kerajaan Melayu.
  • Mengekalkan kuasa Raja-raja Melayu sebagai ketua negara.
  • Raja mempunyai kuasa tertinggi tetapi ditentukan oleh perlembagaan.
  • Malayan Union mesti melibatkan seluruh Tanah Melayu dan Singapura (termasuk wilayah yang dikuasai Thailand, iaitu Pattani).
  • Mengekalkan kedudukan istimewa penduduk asal.
  • Kedudukan raja-raja Melayu, Bahasa Melayu, agama Islam dan perundangan Islam menjadi unsur tradisi yang mesti dimasukkan dalam perlembagaan.
  • Permohonan untuk menjadi rakyat Malayan Union mestilah berdasarkan syarat kewarganegaraan yang ketat.
  • Pemohon mestilah mempunyai kebolehan berbahasa Melayu, memahami adat- istiadat Melayu dan kesetiaan terhadap raja dan negara.
5. Pernyataan yang berikut
(a) Mengapakah Vyner Brooke membuat penyerahan tersebut?
  • Masalah perwarisan takhta – Vyner Brooke telah tua dan uzur.
  • Beliau enggan melantik anak saudaranya, Anthony Brooke untuk menggantikannya.
  • Desakan Kerajaan British – British mendesak agar Vyner Brooke menyerahkan Sarawak.
  • Menjadikan Sarawak sebagai tanah jajahannya – tujuan utamanya untuk mengeksploitasi kekayaan sumber ekonomi dan menjaga kepentingan pelaburan British di negeri itu.
  • Vyner Brooke menghadapi masalah kewangan.
  • Tidak berupaya membangunkan ekonomi Sarawak yang meleset selepas Perang Dunia Kedua.
(b) Bincangkan reaksi penduduk Sarawak terhadap penyerahan tersebut.

Reaksi menentang penyerahan
  • Golongan yang menentang penyerahan dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah membantah tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British.
  • Golongan ini menentang kerana penyerahan Sarawak telah melanggar Prinsip Kelapan Perlembagaan 1941.
  • Menurut perlembagaan ini, pemerintahan sendiri akan diberikan kepada rakyat Sarawak.
  • Penduduk Sarawak akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka sendiri.
  • Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke kerana membuat keputusan tanpa berbincang dengan Anthony Brooke dan Bertram Brooke.
  • Golongan yang menentang penyerahan mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya dapat menuntut kemerdekaan dengan mudah.
  • Masyarakat peribumi menentang penyerahan Sarawak kerana Gerard T MacBryan menggunakan muslihat, tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk mendapatkan persetujuan daripada ketua tempatan.
  • Penentangan secara terbuka dilakukan oleh Pergerakan Pemuda Melayu (PPM), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Barisan Pemuda Sarawak (BPS) dan Persatuan Melayu Miri.
  • Datu Patinggi Abang Haji Abdillah mengetuai 16 persatuan Melayu mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
  • Golongan wanita dalam PKMS mengadakan demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
  • Cikgu Lily Eberwein, Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan Cikgu Ajibah Abol mengatur demonstrasi menentang penyerahan Sarawak.
  • Golongan menentang penyerahan Sarawak juga menggunakan akhbar Utusan Sarawak sebagai saluran untuk mereka menyebarkan tentangan terhadap penyerahan Sarawak.
  • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) dan Barisan Pemuda Sarawak telah menghantar surat bantahan kepada kerajaan British di London untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penyerahan Sarawak.
  • Seramai 409 kakitangan kerajaan meletakkan jawatan sebagai bantahan terhadap Pekeliling No 9/1946 (Circular No 9) yang melarang pegawai awam menyertai gerakan antipenyerahan.
  • Rukun 13 dibentuk oleh pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM).
  • Rosli Dhoby telah membunuh Gabenor Sarawak kedua, Sir Duncan Stewart semasa beliau di Sibu.
Reaksi Menyokong Penyerahan Sarawak
  • Kumpulan menyokong penyerahan Sarawak diketuai oleh Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman.
  • Golongan ini menyokong penyerahan kerana percaya penyerahan ini dapat memajukan Sarawak dalam pelbagai aspek seperti politik, perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan, kesihatan dan meningkatkan taraf hidup masyarakat Sarawak.
  • Penyerahan memberi peluang pekerjaan kepada golongan intelektual penduduk Sarawak dalam perkhidmatan kerajaan.
  • Golongan propenyerahan menubuhkan Penubuhan Young Malay Association (YMA) membantu kemunduran masyarakat Melayu Sarawak dalam bidang ekonomi dan sosial orang Melayu.
(c) Mengapakah British menjadikan Sarawak tanah jajahannya?
  • Sejak tahun 1888, Sarawak telah menjadi negeri naungan British.
  • Melindungi kepentingan hal ehwalnya.
  • Pada tahun 1944 British mendesak Vyner Brooke supaya menyerahkan Sarawak.
  • Desakan British menyebabkan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British atas pertimbangan berikut – Sarawak mengalami kemusnahan dan kerosakan selepas Perang Dunia Kedua.
  • British berpendapat hanya mereka yang mampu memajukan semula ekonomi Sarawak.
  • British ingin menjaga kepentingan ekonominya di Sarawak.
  • Ingin menjamin pelaburan dan modal British dalam perusahaan getah, lada hitam, sagu dan kelapa.
  • Sarawak kaya dengan hasil bumi seperti pembalakan dan hasil petroleum.
  • Sarawak mempunyai potensi sebagai pembekal bahan mentah dan tempat pemasaran barangan keluaran Britain.
(d) Penduduk Sarawak menggunakan slogan yang berikut untuk menentang penyerahan Sarawak kepada British.
  • Piagam Atlantik 1945 yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tidak menggalakkan penjajahan baharu.
  • Piagam menyarankan agar pihak penjajah memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.
  • Penyerahan Sarawak kepada kerajaan British melanggar prinsip Piagam Atlantik tersebut.
  • Dengan penyerahan tersebut, Sarawak telah menjadi tanah jajahan Mahkota British.
  • Ini bermakna Sarawak dipaksa menerima penjajahan mutlak British itu
  • Taraf kerajaan sendiri bagi Sarawak terjejas.
  • Melanggar Perlembagaan 1941 - Melambatkan pencapaian kemerdekaan.