T4: Bab 5 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. D Mengadakan tunjuk perasaan
2. B Kedudukan istimewa orang Melayu dilindungi
3. C Membentuk perjanjian persekutuan
4. D Menentang perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

5. Petikan yang berikut:
(a) Nyatakan perkara yang dicadangkan oleh PUTERA – AMCJA dalam Perlembagaan Rakyat.
  • Kedudukan Bahasa Melayu
  • Pertahanan dan hal ehwal luar negeri
  • Syarat kewarganegaraan Tanah Melayu
  • Bendera dan lagu kebangsaan
  • Penyatuan Tanah Melayu dengan Singapura
  • Sebuah kerajaan pusat yang kuat
  • Raja-raja Melayu sebagai raja Berperlembagaan
  • Adat-istiadat dan agama Islam
  • Syarat kewarganegaraan
(b) Mengapakah British menolak rangka Perlembagaan Rakyat?
  • British telah mewujudkan Jawatankuasa Kerja terdiri daripada Pegawai Tinggi British, Raja-raja Melayu dan UMNO sebelum PUTERA – AMCJA merangka Perlembagaan Rakyat.
  • Jawatankuasa Kerja telah menggubal Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang diterima oleh British, Raja-raja Melayu dan UMNO.
  • Anggota Jawatankuasa Kerja memilih bekerjasama dan sedia berolak ansur dengan British berbanding dengan golongan Melayu radikal dalam PUTERA – AMCJA.
  • Anggota Jawatankuasa Kerja juga tidak menuntut kemerdekaan.
  • Sebaliknya British menganggap perjuangan dan rangka Perlembagaan Rakyat terlalu radikal.
  • Bertentangan dengan dasar British yang melaksanakan dasar bekerjasama dengan pemimpin tempatan.
  • British tidak yakin dengan kerjasama PUTERA –AMCJA.
(c) Apakah tindakan nasionalis Melayu radikal dan bukan Melayu apabila British menolak Perlembagaan Rakyat?
  • Mengadakan ceramah politik/mengecam dasar-dasar British di Tanah Melayu.
  • Melancarkan hartal di seluruh Tanah Melayu.
  • Mendapatkan sokongan MDU, MIC, Selangor Indian Chamber of Commerce, PMFTU, pertubuhan buruh dan kesatuan sekerja.
  • Menyiarkan berita dan liputan hartal dalam majalah dan akhbar (Suara rakyat/Malay Mail/Times of Malaya/Straits Echo).
  • Tindakan mereka gagal mempengaruhi British.
  • Sebaliknya hartal dianggap perbuatan subversif.
  • British memperkenalkan Akta Darurat 1948.
(d) Jelaskan sumbangan golongan nasionalis Melayu radikal dalam sejarah perjuangan kemerdekaan negara kita.
  • Melaungkan perjuangan kemerdekaan sebelum Perang Dunia Kedua.
  • Mahu membebaskan tanah air daripada penjajah British.
  • Memperjuangkan hak semua kaum.
  • Menerbitkan akhbar Suara Rakyat sebagai wadah untuk membuka minda rakyat ke arah pembebasan tanah air/idea kemerdekaan.
  • Menubuhkan cawangan di seluruh negeri Perak.
  • Memperjuangkan isu ketidakadilan penjajah yang sering menindas golongan nasionalis Melayu radikal dengan pelbagai halangan/sekatan.
  • Perjuangan mereka melangkaui daerah/negeri/ kebangsaan.
6. Petikan yang berikut....
(a) Jelaskan usaha ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948.
  • Penubuhan sebuah Jawatankuasa Eksckuti oleh British.
  • Dianggotai oleh pegawai kanan British.
  • Pemimpin UMNO.
  • Wakil Raja-raja Melayu.
  • British dan Raja-raja Melayu mengadakan pertemuan di Kuala Kangsar.
  • Raja-raja Melayu mencadangkan penubuhan persekutuan bertaraf naungan, jaminan kedudukan Raja-raja Melayu dan meminta satu perjanjian baharu menggantikan Malayan Union.
  • British mengadakan pertemuan dengan pemimpin UMNO di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.
  • UMNO memberikan cadangan balas semasa mesyuarat diadakan di King’s House, Kuala Lumpur.
  • Orang Melayu mengemukakan tuntutan menolak semua prinsip dan struktur Malayan Union.
  • Mahukan sebuah persekutuan seperti konsep Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
  • Menolak kerakyatan terbuka Malayan Union.
  • Mahu dasar perlindungan terhadap negeri Melayu dan orang Melayu dipulihkan.
  • Menuntut supaya raja-raja Melayu sebagai ketua negeri-negeri Melayu diakui semula.
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ditentang oleh orang bukan Melayu dan golongan radikal Melayu.
  • Tidak ada wakil mereka dalam Jawatankuasa Eksekutif .
  • Menubuhkan PUTERA – AMCJA untuk menentang perjanjian persekutuan.
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(b) Mengapakah orang Melayu menerima pembentukan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
  • Pentadbiran.
  • Terdiri daripada sembilan buah negeri Melayu, Pulau Pinang dan Melaka.
  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa eksekutif .
  • Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Perundangan berperanan untuk membantu dan memberikan nasihat kepada Pesuruhjaya Tinggi British
  • Kuasa Raja-raja Melayu.
  • Majlis Raja-Raja Melayu ditubuhkan untuk memberikan pandangan dalam perkara tertentu.
  • Bagi peringkat negeri, Sultan bertanggungjawab mengesahkan rang undang- undang yang diluluskan oleh Dewan Perundangan Negeri.
  • Perundangan.
  • Majlis Perundangan Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
  • Bidang Majlis Perundangan Persekutuan mencakupi hal ehwal luar, ketenteraman awam, kehakiman, perdagangan, komunikasi dan percukaian.
  • ang undang-undang yang diluluskan tersebut mestilah diperkenankan oleh Raja-raja Melayu melalui Majlis Raja-Raja.
  • Kewarganegaraan.
  • Syarat-syarat kerakyatan menjadi ketat.
  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah memenuhi sebahagian besar tuntutan orang-orang Melayu.
  • Kedudukan istimewa orang-orang Melayu juga terpelihara dalam Persekutuan Tanah Melayu 1948.
(c) Jelaskan kepentingan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dalam pembinaan negara dan bangsa Malaysia
  • Mengembalikan kedudukan Raja-raja Melayu semula.
  • Majlis Raja-Raja diwujudkan melalui peruntukan Perjanjian Persekutuan.
  • Majlis ini dipengerusikan oleh seorang daripada Raja-raja Melayu daripada sembilan orang raja.
  • Pesuruhjaya Tinggi memastikan bahawa Raja-raja Melayu perlu dirujuk terhadap kuasa kerajaan Persekutuan.
  • Pada peringkat negeri, sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.
  • Mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan Negeri.
  • Terbentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
  • Membuka ruang kepada rang bukan Melayu menjadi warganegara.
  • Orang Melayu diiktiraf sebagai penduduk asal yang diberikan kedudukan istimewa.
  • Mewujudkan kerjasama kaum melalui Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
  • Berjaya memupuk persefahaman antara pemimpin pelbagai kaum.
  • Persekutuan Tanah Melayu 1948 merintis kepada pembentukan Persekutuan tanah Melayu 1957 yang sekali gus membawa kemerdekaan.