1. D Melaksanakan kawasan penempatan semula
2. D Melonggarkan syarat kerakyatan
3. D Membanteras ancaman komunis
4. Petikan yang berikut....
(a) Apakah maksud perang saraf?
- Diperkenalkan oleh Sir Gerald Templer – Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu.
- Menghapuskan komunis melalui kempen memenangi hati dan fikiran rakyat.
- Kerajaan menjalin hubungan baik dengan rakyat untuk mendapatkan sokongan penduduk tempatan supaya bekerjasama dengan kerajaan untuk membanteras komunis.
- Memujuk rakyat berbilang kaum supaya bersama-sama dengan kerajaan membanteras ancaman komunis.
(b) Mengapakah Sir Gerald Templer memperkenalkan kempen perang saraf untuk membanteras ancaman komunis di Tanah Melayu?
- Peperangan menggunakan senjata sahaja kurang berkesan – untuk membanteras komunis.
- Usaha membanteras komunis menggunakan aset ketenteraan - kurang mendapat sokongan yang menyeluruh daripada penduduk tempatan.
- Beliau perlu mendapatkan sokongan penduduk tempatan – khususnya kaum Cina.
- Beliau mencadangkan alternatif lain - memerangi komunis – disertai dengan perang psikologi – iaitu perang saraf.
- Untuk mendapatkan sokongan daripada penduduk tempatan - beliau menawarkan ganjaran dan insentif.
(c) Sejauh manakah pelaksanaan perang saraf mencapai matlamatnya?
- Berjaya mencapai matlamat.
- Mengadakan lawatan – berjaya mengetahui masalah rakyat – mendapatkan pandangan rakyat – meningkatkan sokongan penduduk tempatan terhadap kerajaan.
- Melonggarkan syarat kerakyatan – usaha mewujudkan penduduk yang bersatu padu.
- kaum bukan Melayu yakin dengan usaha kerajaan untuk memulihkan keamanan - menyokong tindakan kerajaan membanteras komunis.
- Mengadakan Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur – menggalakkan sokongan penduduk tempatan terhadap kerajaan.
(d) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, syorkan langkah yang perlu dilakukan oleh rakyat untuk membantu kerajaan membanteras ancaman komunis.
- Menyokong usaha dan dasar kerajaan membanteras komunis.
- Menyertai pasukan pertahanan dan keselamatan.
- Menganggotai Pasukan Askar Wataniah.
- Menyertai perhimpunan kempen bulan penduduk Tanah Melayu Melawan komunis. Mendaftarkan diri dalam program Khidmat Negara (National Service).
- Mengamalkan Rukun Negara pada setiap masa.
- Memilih pemimpin yang berkualiti semasa pilihan raya.
- Mengekalkan perpaduan kaum – mengekalkan keamanan dan kesejahteraan.
- Jangan mudah terpedaya dengan anasir subversif yang mahu memecahbelahkan perpaduan rakyat. Mempelajari agama – mengukuhkan jati diri.
- Mengingatkan bahaya ideologi komunis melalui media Massa, media elektronik, media cetak,media sosial, khutbah Jumaat dan risalah.
5. Gambar di bawah:
(a) Pada pandangan anda mengapakah British menubuhkan institusi tersebut?
- Federal Military College (FMC) adalah sebuah sekolah tentera yang ditubuhkan untuk melatih anak-anak muda Tanah Melayu untuk berkhidmat dalam angkatan tentera. FMC kadangkala digelar “Sandhurst Tanah Melayu”.
- Sebelum tahun 1952, FMC dikenali “Depot Latihan Rejimen Melayu” Port Dickson.
- Mereka mempelajari isyarat, taktik dan pentadbiran tentera.
- Depot juga menyediakan kemudahan pendidikan untuk membawa ahli-ahli rejimen terpilih sehingga standard akademik yang diperlukan untuk penerimaan di Akademi Ketenteraan Diraja, Sandhurst.
- Memberi latihan ketenteraan yang lebih tinggi, dengan tujuan untuk memenuhi syarat untuk pangkat yang ditugaskan.
- Pada tahun1952, M.E.B. David, Setiausaha Pertahanan, mengumumkan keputusan untuk mengembangkan Depot Latihan Rejimen Melayu.
- Peluasan ini adalah untuk membentuk Pembentukan Pusat Latihan Rejimen Melayu, iaitu untuk membentuk dua bahagian tambahan: Unit Latihan Kadet Pra- Pegawai (Pra-OCTU) dan The Boys Wing (The Boys Company).
- The Boys Wing menjadi sebahagian daripada tentera darat - bertugas di Rejimen Melayu dan Rejimen Persekutuan.
- Fungsi Boys Wing adalah untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak pegawai berkhidmat dan pangkat lain dalam Rejimen Melayu, yang membawa kepada tahap Sijil Sekolah dengan asas latihan ketenteraan.
- Pengambilan pertama 74 Boys ke Boys Wing direkrut pada tahun 1952.
- Umur Boys berumur antara 14 dan 15 tahun.
- Kelayakan pendidikan mereka bersamaan dengan Standard 4.
- Di samping keperluan akademik, mereka menjalani pelbagai ujian bakat.
(b) Setiap murid perlu menyertai pasukan beruniform di sekolah. Apakah kepentingan menyertai pasukan beruniform ini?
- Melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
- Badan beruniform - seperti Kadet Polis, Kadet Bomba, Pengakap, Pandu Puteri Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya.
- Memupuk semangat berdisiplin dalam kalangan pelajar.
- Mematuhi peraturan dan arahan yang ditetapkan.
- Sebagai contohnya, dalam latihan berkawad, setiap anggota harus mematuhi arahan ketua pasukan supaya mempunyai rentak yang sama semasa bergerak.
- Semangat berdisiplin ini akan menjadi amalan dalam kehidupan mereka - tidak melanggar peraturan sekolah dan bertanggungjawab terhadap setiap perbuatan sendiri.
- Membentuk rakyat yang mematuhi undang-undang dan tidak terlibat dalam sebarang jenayah juvenil.
- Medan yang paling sesuai untuk mencambahkan pemimpin yang berwibawa.
- Pelajar dilantik atau dipilih sebagai pucuk pimpinan dalam organisasi sebagai pengerusi, setiausaha atau bendahari.
- Pelajar diasuh dan diasah sebagai insan yang bertanggungjawab, berkeyakinan, amanah, dedikasi dan berupaya berinteraksi dengan orang lain
- Pengalaman dalam pasukan beruniform dapat menjadikan mereka sebagai pemimpin
- Majoriti pemimpin negara kita pernah menjadi pemimpin dalam pasukan beruniform di sekolah.
- Memupuk sikap berdikari.
- Melibatkan diri dalam pelbagai kegiatan tahan lasak atau kegiatan di luar sekolah, seperti aktiviti berkelah, berkhemah, kembara atau ekspedisi.
- Peserta perlu menguruskan rutin hidupnya tanpa bantuan ahli keluarga.
- Misalnya memasak, mencuci pakaian dan mendirikan khemah sendiri.
- Nilai berani, gigih, inisiatif, proaktif dan tabah akan dipupuk dalam sanubari setiap peserta untuk menghadapi pelbagai cabaran atau pancaroba.
- Menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam kalangan peserta.
- Selain ilmu akademik, pelajar perlu melengkapkan diri dengan ilmu dalam kehidupan dan sosial.
- Dengan menyertai Persatuan St. John Ambulans, pelajar memperoleh pengetahuan tentang pertolongan kecemasan.
- Dalam kegiatan Pasukan Pengakap dan Pandu Puteri, pelajar belajar untuk memasak
- Pengetahuan dan pengalaman ini tidak dapat ditimba daripada buku teks
- Pelajar tidak boleh bergantung pada pencapaian akademik sahaja.
- Pengalaman dan kemahiran ini dapat mematangkan fikiran pelajar
- Mewujudkan kerjasama antara pelajar yang berlainan bangsa.
- Pelajar yang berlainan bangsa dapat bertoleransi, tolong-menolong dan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu program
- Pelajar berinteraksi dengan anggota dari sekolah/negeri lain
- Mencambahkan benih perpaduan, integrasi nasional dan nasionalisme dalam sanubari generasi muda
- Mencungkil bakat mereka dan minat mereka dalam bidang tertentu. Misalnya, anggota Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan St John Ambulans lazimnya berminat menjadi doktor, jururawat dan pegawai kesihatan apabila dewasa kelak.
- Anggota Kadet Polis berpeluang diterima dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana sejak di bangku sekolah mereka telah menjalani pelbagai latihan polis di sekolah.
- Pelajar dapat menentukan hala tuju kerjaya mereka sebelum melangkah ke alam pekerjaan.
- Melahirkan modal insan yang berkualiti, iaitu berdisiplin, beramanah, berketerampilan, bekerjasama, bertanggungjawab serta bersemangat kental dan waja diri
(c) Bagaimanakah anda dapat memainkan peranan untuk menggerakkan masyarakat supaya menghargai sumbangan pasukan keselamatan kepada keamanan dan keharmonian negara?
- Menghargai dalam kehidupan seharian melalui media massa, media cetak, media elektronik dan media sosial – melalui rancangan Hari Ini dalam Sejarah/ Pahlawanku/Permintaan Perajurit.
- Menerapkan dalam kurikulum pendidikan dalam semua peringkat/subjek Bahasa Malaysia/Sejarah/Agama/Moral/Sivik.
- Mengamalkan Rukun Negara dalam kehidupan seharian.
- Memakamkan perajurit yang gugur di tempat yang terhormat/Makam Pahlawan.
- Mengabadikan nama perajurit pada jalan, bangunan, gedung, universiti, kolej, sekolah dan sebagainya.
- Mengadakan sambutan Hari Kebangsaan/Hari Pahlawan/Perisytiharan Hari Polis/ Hari Angkatan Tentera.
- Mencontohi/meneladani sikap pahlawan – berani, sedia berkorban. berjiwa besar.
- Mengabadikannya dalam bentuk penulisan artikel/biografi/novel/monumen.
- Meneruskan kempen Tabung Rayuan Hari Pahlawan – untuk membantu bekas perajurit yang gugur/cedera/kecacatan anggota semasa bertugas di barisan hadapan.
- Menghantar bingkisan/kad ucapan dan buah tangan semasa perayaan.
- Menawarkan hadiah wang tunai kepada sesiapa yang berjaya menangkap pemimpin PKM sama ada hidup atau mati – Anggota PKM berlindung di dalam hutan – menjadikan hutan sebagai persembunyian mereka
- Memenangi kepercayaan orang Asli – Pembinaan kubu (jungle fort) – membolehkan orang Asli membantu operasi ketenteraan.
- Memajukan perkhidmatan penerangan – memberi kesedaran kepada rakyat kepentingan membanteras ancaman komunis.