T4: Bab 7 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. D. Menganggotai Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
2. D. Melatih penduduk tempatan berkerajaan sendiri
3. B. Mewujudkan perpaduan kaum
4. B. Perpaduan antara kaum tidak mantap

5.
(a) Jelaskan idea negara merdeka yang diperjuangkan oleh tokoh di atas.

Ibrahim Haji Yaakob, pemimpin Kesatuan Melayu Muda.
Ibrahim Haji Yaakob memperjuangkan kemerdekaan tanah air melalui konsep Melayu Raya. Idea ini merupakan penyatuan bangsa dan dunia Melayu berdasarkan aspek persamaan daerah, darah, kebudayaan dan bahasa yang menjadi satu rumpun yang sama, iaitu Melayu .

Dr. Burhanuddin al-Helmi, pemimpin Parti Islam Se-Tanah Melayu.
Dr. Burhanuddin al-Helmi, Yang Dipertua PAS, menegaskan bahawa PAS bercita-cita membina satu negara dan satu bangsa yang teguh dengan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan rasmi yang tunggal. Kemerdekaan bagi PAS ialah Tanah Melayu merdeka dengan menjalankan hukum Islam.

Dato’ Onn Jaafar, pemimpin Independence of Malayan Party.
Dato’ Onn Jaafar mengasaskan penubuhan Independence of Malayan Party (IMP) untuk melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan”. Selepas tahun 1949, pemikiran politik Dato’ Onn Jaafar terarah kepada perpaduan kebangsaan. Bagi Dato’ Onn Jaafar, tuntutan kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain yang diterima menjadi rakyat Tanah Melayu. Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin kepada orang bukan Melayu yang turut mempunyai hak dalam politik dan ekonomi.


(b) Sejauh manakah idea negara merdeka tersebut menyemarakkan nasionalisme di negara kita?
  • Menyemarakkan kegiatan politik selepas Perang Dunia Kedua.
  • Membawa kepada penubuhan parti-parti politik yang memperjuangkan kemerdekaan tanah air.
  • Contohnya idea Melayu yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) terus diperjuangkan selepas KMM diharamkan.
  • Idea Melayu Raya diteruskan oleh Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pada zaman pendudukan Jepun dan diperjuangkan oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi semasa pentadbiran British selepas Perang Dunia Kedua.
  • Independence of Malayan Party (IMP) pimpinan Dato Onn Jaafar memperjuangkan kemerdekaan melalui kerjasama dengan kaum-kaum lain untuk melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan” selepas tahun 1949.

(c) Jelaskan iktibar yang diperoleh daripada perjuangan tokoh di atas untuk kecemerlangan generasi muda pada hari ini.
  • Kita mesti mempunyai semangat cintakan negara dan sedia berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara.
  • Kita harus mempunyai wawasan untuk memajukan diri, bangsa dan negara agar setanding dengan pencapaian bangsa-bangsa lain di dunia.
  • Kita sewajarnya mencontohi semangat perjuangan pemimpin terdahulu agar keamanan yang dikecapi pada hari ini dapat dipertahankan.
  • Kita mesti mengamalkan sikap bertoleransi dan bekerjasama dalam kalangan masyarakat berbilang kaum untuk mengekalkan keharmonian masyarakat.
  • Kita mesti berusaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara agar imej negara sentiasa dipandang tinggi oleh masyarakat di dunia.
(Mana-mana jawapan munasabah)