T4: Bab 8 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. B. Pilihan Raya Perbandaran George Town
2. D. Bertanggungjawab
3. B. Menunjukkan kompromi antara kaum

4
(a) Bagaimanakah kempen pilihan raya dijalankan?
  • Calon berkempen dengan pelbagai cara
  • Berkempen di khalayak umum di kawasan tertentu
  • Berkempen dengan mengunjungi rumah ke rumah
  • Berkempen dengan bertemu terus dengan pengundi
(Mana-mana jawapan munasabah)

(b) Adakah strategi berkempen seperti di atas masih berlaku dalam pilihan raya kini? Berikan penjelasan anda.
Ya. Strategi begini masih berlaku. Strategi berkempen di kawasan umum, mengunjungi rumah ke rumah dan bertemu terus dengan pengundi masih berlaku kini. Walau bagaimanapun, terdapat juga strategi berkempen selain dalam gambar di atas. Contohnya, terdapat calon menggunakan media massa, media sosial dan pengedaran risalah sebagai satu strategi yang sesuai dengan zaman dan situasi masyarakat kini.

(c) Cadangkan strategi berkempen dalam pilihan raya pada masa hadapan?
  • Menggunakan media elektronik
  • Menggunakan teknik berbahas /debat dan berpidato antara calon yang bertanding
  • Menggunakan media social
  • Menggunakan strategi berkampung di sesuatu kawasan yang ingin dimenangi
  • Berdialog / Bertukar fikiran dengan rakyat/pengundi
(Mana-mana jawapan munasabah)

5.
(a) Mengapakah ketiga-tiga proses di atas perlu dikawal ketat?
  • Membuktikan ketelusan Suruhanjaya Pilihan raya
  • Menunjukkan keadilan untuk semua pihak
  • Mengelak penipuan / kebocoran / ketirisan undi
  • Meyakinkan semua pihak/ menaikkan kepercayaan semua pihak
(Mana-mana jawapan munasabah)

(b) Dengan menggunakan pelbagai sumber, bandingkan situasi mengundi pada masa dahulu dengan kini. Mengapakah wujud perbezaan tersebut?
  • Pilihan raya dahulu kurang pengundi secara pos, namun kini banyak undi pos dan di merata-rata tempat terdapat pengundi pos
  • Pilihan raya dahulu strategi berkempen tidak meluas dan pelbagai berbanding dengan kini pelbagai teknik digunakan dan lebih meluas
  • Parti yang bertanding dahulu mewakili kaum/ etnik atau badan tertentu kini lebih banyak bersifat pelbagai kaum dalam sesuatu parti.
  • Isu dan manifesto dahulu sesuai dengan situasi masa tersebut namun kini isu dan manifesto meluas dan perlu direalisasikan sesuai dengan keadaan masyarakat kini.
(Mana-mana jawapan munasabah)

Wujud perbezaan disebabkan:
  • Perbezaan tempat bekerja/ belajar pengundi yang kini ramai di luar negara
  • Strategi berkempen kini memerlukan masa yang pantas sesuai dengan teknik penggunaan media elektronik dan media sosial
  • Parti politik kini juga tidak banyak bersifat perkauman kerana banyak yang mementingkan kompromi antara kaum
  • Manifesto kini semakin rencam kerana memenuhi tuntutan masyarakat yang pelbagai
(Mana-mana jawapan munasabah)

(c) Berdasarkan pengetahuan anda, ceritakan proses pilihan raya yang dijalankan di negara kita.
Proses pilihan raya di negara kita bermula apabila pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan writ atau surat kuasa untuk menjalankan pilihan raya. SPR juga akan memaklumkan tempoh berkempen dan tarikh sesuatu pilihan raya akan diadakan. Perkara ini diikuti dengan Penamaan calon sama ada secara calon bebas atau mewakili sesuatu parti yang akan bertanding. Kempen pilihan raya mulai diadakan oleh calon dan parti politik yang bertanding. Pada hari pengundian, pengundi akan menunaikan kewajiban untuk mengundi. Selesai tempoh pengundian, undi akan dikira dan dijumlahkan. Akhirnya pengumuman keputusan pilihan raya dibuat oleh SPR.