T4: Bab 8 Pembelajaran Abad Ke-21


Aktiviti 1- Meja Bulat Serentak
1. Bandingkan Situasi I dengan Situasi 2

Situasi 1: 
Tempat mengundi : Sekolah atau balai raya
Penggunaan poster: Dalam bentuk poster / sepanduk / dan dibawa oleh orang ramai. 

Situasi 2: 
Tempat mengundi: Sekolah
Penggunaan bendera dengan pelbagai logo parti yang bertanding. Dipacak/dibuat replika pelbagai bentuk

2. Adakah penggunaan poster masih relevan kini?
(i) Relevan:
  • Mudah dihasilkan
  • Kos lebih rendah
  • Telah/ mudah dikenali umum

(ii) Tidak relevan
  • Mencacatkan pemandangan
  • Gangguan lalu lintas
  • Terdapat pelbagai teknik berkempen kini (Mana-mana jawapan yang munasabah)

3. Bagaimanakah situasi pilihan raya yang akan berlaku pada masa hadapan? Berikan gambaran anda
  • Menggunakan poster di kawasan tertentu sahaja
  • Penggunaan media elektronik berleluasa
  • Mengundi secara dalam talian
(Mana-mana jawapan yang munasabah)



Aktiviti 2- Fail Edar
(a) Apakah maksud manifesto?
  • Pengisytiharan tentang sesuatu dasar /polisi/tujuan sesuatu parti politik

(b) Mengapakah Parti Perikatan menggunakan manifesto di atas?
  • Mendapat sokongan pengundi
  • Menunjukkan kesungguhan menuntut kemerdekaan
  • Memberi kebajikan kepada semua rakyat
  • Menjunjung prinsip mengagungkan kedudukan Raja-raja Melayu
(Mana-mana jawapan munasabah)

(c) Bagaimana sesuatu manifesto dapat mempengaruhi pengundi?
  • Relevan dengan situasi / suasana negara ketika itu
  • Peluang untuk pengundi memilih manifesto dari parti yang lebih baik
  • Pengundi inginkan ganjaran / kebajikan yang lebih sesuai
  • Pengundi mahukan perubahan dan mencuba gagasan baru
(Mana-mana jawapan munasabah)

(d) Mengapakah sesebuah parti perlu berusaha menunaikan manifesto mereka?
  • Menunjukkan rasa terima kasih atas pengundi yang memilih mereka
  • Menghargai sokongan rakyat
  • Mengharapkan sokongan berterusan dari rakyat
  • Menunjukkan perbezaan / mengubah corak pengurusan sesuatu parti 
(Mana-mana jawapan munasabah)