T4: Bab 9 Pemahaman dan Pemikiran Kritis



1. B. Negara menuju ke arah berkerajaan sendiri
2. B. Pembentukan sebuah Suruhanjaya Perlembagaan
3. C. Merangka perlembagaan negara yang merdeka

4
(a) Berikan nama ahli yang menganggotai Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Lord Reid
  • Sir William Ivor Jennings
  • Sir William Mckell
  • Hakim B.Malik
  • Hakim Abdul Hamid
(b) Nyatakan peranan suruhanjaya ini
  • Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu , mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.
  • Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen dengan dua Dewan Perundangan
  • Mewujudkan kerajaan Pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai kuasa autonomi tertentu
  • Melindungi kedudukan Raja-raja Melayu sebagai raja berperlembagaan di negeri masing- masing
  • Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara, iaitu Yang di-Pertuan Besar ( kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu
  • Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu
  • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah bagi kaum lain
(c) Pada pendapat anda, mengapakah suruhanjaya ini menerima banyak memorandum daripada pelbagai pihak?
  • Menunjukkan sikap toleransi Suruhanjaya ini dan sedia menerima pendapat pelbagai pihak
  • Menghargai pendapat pelbagai kaum di negara kita
  • Semua pihak mahu menyuarakan hasrat dan mahu kedududukan mereka terjamin di negara ini.
  • Situasi negara kita yang unit, lebih memilih untuk berbincang dan menyuarakan pendapat
(Mana-mana jawapan yang munasabah)

5
(a) Ceritakan apa yang anda lihat dari kedua-dua gambar tersebut
  • Tunku Abdul Rahman tiba dengan menaiki pesawat dan melambaikan tangan dengan penuh semangat
  • Tunku Abdul Rahman memberi ucapan dengan disaksikan oleh ribuan rakyat yang membawa pelbagai sepanduk bagi menyatakan keterujaan mereka menanti detik pengumuman tarikh kemerdekaan kelak.
(Mana-mana jawapan munasabah)

(b) Mengapakah pengumuman tarikh kemerdekaan penting kepada rakyat di negara kita?
  • Menunjukkan kejayaan perjuangan pemimpin dan rakyat mulai menampakan hasil
  • Menyuarakan hasrat untuk memastikan kedudukan semua pihak terjamin di negara ini
  • Merangka strategi dan upacara untuk meraikan detik kemerdekaan kelak
  • Membina azam / perjuangan baharu untuk negara baharu akan bermula selepas tarikh kemerdekaan diumumkan kelak
(Mana-mana jawapan munasabah)

(c) Terangkan nilai yang boleh diteladani daripada tokoh dan peristiwa di Padang Banda Hilir Melaka.
  • Nilai kesungguhan pemimpin dalam usaha mendaulatkan negara
  • Nilai kerjasama pemimpin dan rakyat pelbagai kaum dalam menjaga keharmonian negara
  • Nilai bertanggungjawab pemimpin dalam memperjuangkan hak rakyat
  • Nilai keprihatinan rakyat dalam usaha memerdekakan negara
(Mana-mana jawapan yang munasabah)